Cari @ Amanz

Paparan Skrin Untuk Aplikasi Google “Babble” Tertiris Ke Arena Web

Oleh Aman

Link Copied!

Beberapa hari yang lepas, kita telah mendengar mengenai Google “Babble” yang mana diperkatakan sebagai salah satu perkhidmatan baru daripada Google yang mengabungkan pelbagai perkhidmatan permesejan sedia ada daripada Google. Kini, hari ini, beberapa paparan skrin untuknya tertiris, memperlihatkan bagaimana ia akan kelihatan kelak.

Google Babble

Google Babble

Daripada apa yang kelihatan, ia merupakan aplikasi versi Android untuk Google “Babble”, dimana mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan Google sedia ada, termasuk membolehkan pengguna membuat panggilan video melalui Hangout, integrasi Google Drive, dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan perkhidmatan ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Adakah kita akan melihat ia diperkenalkan sebagai aplikasi baru pada versi Android baru kelak? Apa kata anda berkenaan dengan Google “Babble” ini?


Komen ()