Cari @ Amanz

Nampaknya tahun ini BlackBerry benar-benar ingin memfokuskan untuk kembali gah dalam arena peranti pintar. Setelah melancarkan BlackBerry 10 pada awal tahun ini, kini dilaporkan mereka sedang menguji tablet dan juga komputer riba yang dijana dan dikuasakan oleh telefon pintar BlackBerry.

BlackBerry 10

Walaupun tidak diketahui bagaimana ia akan berfungsi kelak, namun daripada idea awal, ia kelihatan seperti akan berfungsi seumpama Asus Padfone untuk tablet, dan juga mungkin seperti Ubuntu untuk Android bagi komputer riba. Pihak BlackBerry tidak berkongsi sepenuhnya bagaimanakah mekanisma operasi untuk peranti hibrid daripada mereka kelak.

Perkara ini dikongsikan oleh CEO BlackBerry melalui sebuah temu-ramah, dan mengatakan lebih info berkaitan dengan konsep ini mungkin akan dikongsikan pada BlackBerry World bulan Mei kelak.

Dengan telefon pintar yang menjadi peranti utama ramai pengguna pada hari ini, mungkin konsep peranti hibrid ini akan mula popular dalam setahun dua lagi. Peranti Asus Padfone sebelum ini juga mendapat reaksi positif para pengguna.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan peranti hibrid seumpamanya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd