Cari @ Amanz

Nampaknya kini pengguna Apple menghadapi masalah serius apabila sebuah masalah kerentanan baru ditemui, membolehkan kata laluan sesuatu akaun Apple ID itu ditetapkan semula oleh sesiapa sahaja yang mengetahui emel dan juga tarikh lahir seseorang pemilik Apple ID.

Masalah ini dilaporkan hari ini, selepas semalam Apple mula memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk pengguna mereka.

Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan melalui penggunaan sebuah URL, kemudian pengguna akan dibawa ke sebuah halaman khas yang meminta menjawab tarikh lahir pengguna. Dengan laman sosial yang digunakan dengan meluas, penggunaan tarikh lahir merupakan salah satu perkara yang tidak lagi rahsia, dan mungkin boleh diketahui oleh rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Memandangkan sokongan pengesahan dwi-faktor Apple masih belum diperkenalkan untuk semua buat masa ini, mungkin cara untuk mengatasi masalah kerentanan ini untuk sementara waktu adalah dengan mengubah tarikh lahir secara manual pada akaun tetapan.

Kemaskini (5.56 pagi) : Ia kelihatan Apple telah membuang halaman menetapkan kata-laluan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd