Cari @ Amanz

Dengan menggunakan pelbagai jenis add-on pada pelayar web Firefox anda, mungkin sukar untuk mengetahui yang manakah menggunakan memori tinggi dan sebagainya. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu addon tambahan untuk Firefox yang berguna adalah about:addons-memory.

Firefox : About:Addons-Memory

Dengan memasang about:addons-memory ini pada pelayar web Firefox, ia menambah sebuah halaman ringkas pada Firefox, membolehkan pengguna mengaksesnya dan melihat berapakah penggunaan memori oleh sesuatu add-on itu.

Menariknya, pengguna turut sama disediakan dengan sebuah butang khas, membolehkan mereka mengurangkan penggunaan memori secara automatik, dan sekaligus menawarkan penggunaan pelayar web Firefox yang lebih baik lagi.

Bagi mereka yang menggunakan pelayar web Firefox, mungkin boleh menyemak dan menambah addon ini pada pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd