Asus FonePad Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Asus FonePad Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 23, 2013 oleh .

Selain daripada Asus Transformer AIO yang bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan, Asus Malaysia juga kini dalam perancangan untuk memperkenalkan salah satu tablet terbaru mereka – Asus FonePad untuk pasaran tempatan.

Asus FonePad

Asus FonePad

Spesifikasi Asus FonePad
Cip Intel Atom Z2420 1.2Ghz
Kamera Belakang 3-Megapixel
Kamera Hadapan 1.2-megapixel
Storan Terbina 8GB
Memori 1 GB RAM
Skrin 7-inci (800×1280 pixel)
Bateri 4270 mAh

Asus FonePad sebelum ini telah diperkenalkan pada Mobile World Congress pada penghujung Februari yang lepas. Melaluinya, ia membawakan tablet dengan skrin bersaiz 7-inci yang dilengkapi dengan sokongan panggilan, selain dijana menggunakan cip pemprosesan daripada Intel.

Peranti berkenaan dijana menggunakan sistem operasi Android, dan pihak Asus turut sama membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan aplikasi kecil yang boleh di pop-up pada tetingkap kecil.

Ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan mula dijual dan berapakah harga jualannya. Daripada jemputan yang dihantar, ia kelihatan Asus Malaysia akan berkongsi lebih lanjut berkaitan Asus FonePad ini pada minggu kedua April kelak.


TIPS & ULASAN