Oppo Find 5 Mula Dijual Di Pasaran Malaysia

Oppo Find 5 Mula Dijual Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Mac 23, 2013 oleh .

Pada penghujung tahun lepas, pihak Oppo telah pun mengatakan mereka akan menawarkan peranti Oppo Find 5 di pasaran Malaysia, dan kini kelihatan beberapa pengedar dan penjual peranti tempatan telah mula menawarkannya di pasaran Malaysia.

Oppo Find 5

Oppo Find 5 menerima reaksi positif ramai pengguna dan juga pengulas di seluruh dunia ketika pelancarannya pada penghujung tahun lepas. Oppo Find 5, seperti pada namanya, menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan kepadatan pixel 441PPI, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadpaan 1.9-megapixel.

Seperti kebanyakkan peranti, ia dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dan ditawarkan dalam variasi storan 16GB dan juga 32GB.

Daripada apa yang kami lihat, versi 32GB dijual pada harga RM2000 di Malaysia, manakala versi 16GB pula ditawarkan pada harga RM1690. Harga jualan saranan yang rasmi (RRP) untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan peranti ini?


TIPS & ULASAN