HotelQuickly Dilancarkan Di 6 Buah Negara – Termasuk Malaysia

HotelQuickly Dilancarkan Di 6 Buah Negara – Termasuk Malaysia

Diterbitkan pada Mac 24, 2013 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan perkhidmatan untuk membuat tempahan tempat menetap sementara dan hotel, dan kini memasuki pasaran Asia Tenggara adalah Hotel Quickly yang menawarkan aplikasi mereka untuk iOS dan juga Android.

Hotel Quickly

Melalui HotelQuickly, ia membolehkan pengguna membuat tempahan hotel melalui aplikasi mereka, dan mendapatkan harga tawaran yang lebih murah berbanding harga biasa.

Memandangkan ia berfungsi untuk membuat tempahan serta-merta pada minit-minit terakhir, maka HotelQuicklu menggunakan sokongan geolokasi dalam memberikan pilihan hotel-hotel berdekatan dengan pengguna. Namun, seperti biasa, pengguna juga boleh membuat pilihan negara dan lokasi secara manual menggunakannya.

Pilihan hotel disekitar Malaysia masih terhad, dimana kami lihat ia hanya menawarkan satu hotel sahaja di Kuala Lumpur. Namun, sekiranya anda ingin ke luar negara seperti ke Singapura, Thailand mahupun Indonesia, mungkin HotelQuickly boleh membantu anda.


TIPS & ULASAN