Angka Aplikasi Di Windows Store Dilaporkan Melangkaui 50,000 Aplikasi

Angka Aplikasi Di Windows Store Dilaporkan Melangkaui 50,000 Aplikasi

Diterbitkan pada Mac 24, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan Windows 8, salah satu perkara baru yang diperkenalkan oleh Microsoft adalah Windows Store, iaitu halaman setempat untuk memuat-turun dan melihat pelbagai aplikasi yang dioptimasikan untuk antaramuka Metro.

Windows Store

Kini, mengikut laporan daripada pihak ketiga, Windows Store dilaporkan mempunyai lebih daripada 50,000 aplikasi. Angka yang dikeluarkan adalah gabungan aplikasi berbayar dan juga percuma, dimana dipantau oleh laman MetroStore Scanner.

Walaupun angka yang kelihatan adalah agak besar, tetapi kualiti aplikasi Windows 8 pada Windows Store boleh dikatakan agak mengecewakan, dan tidak semua yang boleh digunakan menyeluruh.

Namun, terdapat juga beberapa aplikasi menarik pada ia, yang mana membantu dalam produktiviti dan sebagainya. Pihak Twitter sendiri baru-baru ini telah mengumumkan aplikasi rasmi Twitter untuk Windows 8, dimana boleh dimuat-turun secara percuma daripada Windows Store.


TIPS & ULASAN