Dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena geolokasi, hari ini, WSJ melaporkan yang mana Apple telah pun mengambil-alih salah satu syarikat yang memfokuskan kepada IPS, iaitu WifiSLAM. Harga pembelian firma tersebut dilaporkan adalah sekitar $20 juta.
WifiSLAM yang berusia sekitar dua tahun ini menggunakan lokasi WiFi dalam bangunan untuk menentukan pergerakan dan kedudukan pengguna didalam bangunan. Ia boleh dikatakan amat berguna sekiranya diimplementasikan didalamn pusat membeli-belah, lapangan terbang, dan beberapa bangunan yang lain.
- Baca : Apakah itu IPS
Buat masa ini, boleh dikatakan tawaran aplikasi pemetaan daripada Apple masih tidak digunakan ramai memandangkan kekurangan pelbagai perkara. Mungkin dengan pembelian WifiSLAM ini, kita akan dapat melihat Apple terus mengukuhkan diri mereka dalam arena tersebut, dan pada masa yang sama menawarkan lebih maklumat berguna untuk pengguna.