Cari @ Amanz

Dragon SiegeTerdapat pelbagai permainan berbentuk pertahanan untuk peranti mudah-alih, dan kini salah satu permainan daripada pembangun tempatan adalah Dragon Seige, dimana membawakan gabungan seumpama permainan Tower Defense dan juga Fruit Ninja.

Permainan yang khas untuk iOS ini ditawarkan pada harga $0.99 melalui AppStore, dan sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna iPhone, iPod dan juga iPad.

Seperti biasa, melalui permainan tersebut, pengguna perlu mempertahankan diri mereka daripada diserang pihak musuh. Beberapa jenis musuh disediakan, dimana cara menewaskannya juga adalah berbeza, sama ada pengguna perlu tap ke atas pihak musuh, ataupun slash seumpama permainan Fruit Ninja.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkannya hari ini, dan memainkannya pada peranti iOS anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd