Photo Editor – Aplikasi Penyuntingan Gambar Dari Aviary Untuk Windows 8

Photo Editor – Aplikasi Penyuntingan Gambar Dari Aviary Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Mac 24, 2013 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi penyuntingan gambar yang menarik untuk pengguna Windows 8 dan juga Windows RT, dan terkini, salah satu aplikasi terbaru daripada pihak Aviary adalah Photo Editor untuk Windows 8 dan juga Windows RT.

Photo Editor - Aviary

Melalui aplikasi Photo Editor daripada Aviary ini, ia membolehkan pengguna membuat beberapa penyuntingan asas pada gambar mereka, termasuk menambah beberapa efek pada gambar.

Sebaik sahaja memulakan aplikasi, ia memaparkan beberapa gambar terakhir daripada folder Picture pada komputer anda, membolehkan anda memulakan penyuntingan serta-merta.

Photo Editor - Aviary

Aplikasi ini juga turut sama dioptimasikan untuk penggunaan pada skrin sentuh, dan turut boleh digunakan bersama-sama stylus. Namun, salah satu kekurangan yang kami rasakan adalah tiada butang Undo pantas, dan memerlukan pengguna menekan butang Back dan kembali memilih daripada menu semula.

Apa pun, bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Photo Editor daripada Aviary ini secara percuma hari ini.

Photo Editor - Aviary

Muat-Turun Photo Editor (Aviary) dari Windows Store


TIPS & ULASAN