Paparan Skrin Untuk Windows Blue Tertiris Ke Arena Internet

Paparan Skrin Untuk Windows Blue Tertiris Ke Arena Internet

Diterbitkan pada Mac 24, 2013 oleh .

Ura-ura dan desas-desus mengenai kemaskini untuk Windows 8, dinamakan sebagai Windows Blue telah pun kedengaran sejak daripada beberapa bulan yang lepas, dan kini, beberapa paparan skrin awal untuk sistem operasi versi terbaru daripada Microsoft itu kelihatan di arena web.

Seperti Windows 8, ia kelihatan mengekalkan antaramuka baru daripada Microsoft, iaitu antaramuka Windows 8 (Metro), dan beberapa perubahan kelihatan pada Windows Blue ini. Salah satunya adalah dimana ia didatangkan dengan kebolehan untuk snap aplikasi secara bersebelahan yang mana masing-masing mengambil separuh daripada skrin, berbeza dengan sekarang yang mengambil konsep 3:1.

Pada masa yang sama, Windows Blue juga kelihatan dilengkapi dengan pelayar web terbaru daripada Microsoft, Internet Explorer 11, serta didatangkan dengan beberapa kebolehan untuk mengubah pemasangan Windows supaya memenuhi citarasa pengguna. Seperti pada Windows Phone juga, Windows Blue kelihatan membolehkan pengguna memilih saiz Tiles yang lebih kecil.

Buat masa ini, boleh dikatakan ia masih pada versi pembangunan, dan mungkin kita akan dapat melihat pengumuman rasmi daripada Microsoft bersama-sama fungsi-fungsi akhir yang akan disertakan bersama Windows Blue dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN