Facebook Chat merupakan salah satu platform komunikasi yang boleh dikatakan digunakan ramai, apatah lagi pihak Facebook sendiri menyediakan aplikasi berasingan dinamakan sebagai Facebook Messenger untuk peranti mudah-alih dan juga untuk Firefox dan desktop.
Kini, kelihatan pihak Facebook telah mula akan ujian antaramuka baru untuk paparan Chat pada web, memberikan paparan seumpama apa yang terdapat pada ruangan permesejan di iOS. Perubahan baru ini mula diperkenalkan kepada hanya segelintir pengguna buat masa ini, dan mungkin turut akan diperkenalkan kepada lebih ramai tidak lama lagi.
Sebelum ini, pihak Facebook telah memperkenalkan rekabentuk News Feed dan juga paparan Timeline baru, dan mungkin lebih banyak ruangan di Facebook akan diberikan nafas baru selepas ini.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan paparan baru Facebook Chat ini?