Cari @ Amanz

TribeHiredDi Malaysia, terdapat beberapa laman yang menyediakan perkhidmatan untuk menemukan pencari kerja dan juga majikan, dan salah satu yang hadir dengan konsep berasaskan sosial adalah TribeHired. Hari ini, mereka mengumumkan dimana telah menerima suntikan dana sebanyak $560,000 (~RM1.7 juta) dalam terus memperkembangkan perkhidmatan mereka.

Suntikan dana yang diterima oleh TribeHired kali ini adalah daripada TNF Ventures melalui salah satu skim daripada kerajaan Singapura, iaitu Technology Incubation Scheme.

TribeHired sebelum ini telah dilancarkan pada tahun lepas, dan masih lagi dalam bentuk beta buat masa ini. TribeHired menggunakan rangkaian sosial dalam mendapatkan pengesyoran daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, sekaligus memudahkan pengambilan pekerja oleh majikan, dan pencarian kerja oleh pekerja.

Sebelum ini, TribeHired turut sama telah menerima suntikan dana daripada Cradle Fund, dan kini dengan suntikan dana tambahan, semestinya TribeHired boleh melangkah setapak lagi ke hadapan, dan memperluaskan lagi penggunaan perkhidmatan mereka dikalangan pencari kerja dan juga majikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd