Cari @ Amanz

Paten Sony Terbaru Memperlihatkan Peranti Seumpama Google Glass

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada jam tangan pintar yang kelihatan akan hadir daripada beberapa pengeluar, ia kelihatan selain daripada Google yang akan hadir dengan kaca mata pintar mereka – Google Glass, Sony juga turut mempunyai perancangan yang lebih kurang sama.

Sony Glass

Daripada apa yang kelihatan, Sony telah pun memohon paten untuk kaca mata pintar mereka tersendiri. Namun, seperti biasa tiada maklumat penuh berkaitan apakah yang akan ditawarkan melaluinya.

Sony HMZ T2Sony sendiri bukanlah pertama kali hadir dengan peranti seumpamanya, dimana mereka telah pun sedia menjual Sony HMZ T2, yang mana menawarkan pengguna untuk menikmati filem, permainan video dan sebagainya menggunakannya, dan memberikan pengalaman penggunaan yang tersendiri.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi adakah Sony akan menawarkan peranti dengan akses internet seumpama Google Glass, ataupun memfokuskan kepada akses kandungan dan hiburan seperti HMZ T2 sebelum ini.

Apa pun, semestinya ramai yang menantikan pelbagai peranti berbentuk kaca mata pintar daripada pelbagai pengeluar, termasuk Sony yang mempunyai antara rekaan industri terbaik diluar sana.


Komen ()