Cari @ Amanz

IE 11 - Sync TabPada Windows 8, Microsoft telah memudahkan pengguna untuk sync pelbagai tetapan, dan kini melalui Windows Blue versi pembangunan yang tertiris ke arena web hari ini, ia kelihatan pelayar web Internet Explorer 11 kelak akan membolehkan pengguna untuk sync tab melaluinya.

Melalui sokongan ini, pengguna boleh sync tab-tab yang dibuka pada sesuatu komputer, dan membawa tab yang sama ke komputer lain. Sokongan ini sedia terdapat pada kebanyakkan pelayar web hari ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sama ada sokongan serupa akan membolehkan pengguna sync tab antara Windows dan ke Windows Phone ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd