Cip | 1.7GHz (empat-teras) |
Kamera Utama | 4 UltraPixel |
Kamera Hadapan | 2.1 Megapixel |
Storan Terbina | 32 / 64 Gigabyte |
RAM | 2 Gigabyte |
Skrin | 4.7-inci |
Bateri | 2300 mAh |
Sebelum ini, kita telah mendengar beberapa kali yang mana pengeluaran HTC One mengalami penangguhan dan sebagainya. Namun, hari ini, pihak HTC Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan yang mana peranti HTC One akan mula ditawarkan dibeberapa negara di Asia Pasifik pada penghujung bulan April ini.
HTC One sebelum ini telah dilancarkan pada bulan lepas, dimana membawakan rekaan yang menarik, disamping beberapa ciri-ciri baru, termasuk HTC BlinkFeed, HTC Zoe, serta dilengkapi dengan kamera HTC Ultrapixel.
Peranti ini sebelum ini telah dijanjikan akan tiba di Malaysia pada penghujung April ini dan dijual pada harga RM2299. Mungkin dengan kenyataan ini, kita boleh nantikan ia dilancarkan di Malaysia pada penghujung April ini seperti dijanjikan.