Carian
Catcha Group Ingin Melabur Sehingga US$150 Juta Dalam Industri Atas-Talian Di ASEAN
March 25, 2013 Aman

Pasaran e-dagang dan arena internet ASEAN kelihatan berkembang pesat sejak akhir-akhir ini, dengan pelbagai syarikat tempatan mula menerima pelaburan dari dalam dan luar negara. Terkini, salah satu syarikat tempatan, Catcha Group turut mengumumkan yang mana mereka menyediakan sehingga $150 juta untuk dilaburkan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Populasi ASEAN

Pasaran ASEAN pada tahun 2000 hanya mempunyai lebih kurang 11.5 juta pengguna internet sahaja, tetapi angka tersebut meningkat sehingga 163.5 juta pada tahun 2012, dan dijangka akan mencapai angka 660 juta pada tahun 2020.

7 Syarikat Teknologi Dan Internet Terkemuka ASEAN

Sejak 13 tahun yang lepas, Catcha mengatakan mereka telah melabur dalam lebih 50 syarikat teknologi dan syarikat berasaskan atas-talian. Di Malaysia sahaja, Catcha Group mempunyai beberapa syarikat berasaskan internet terkemuka, dan salah satunya adalah iProperty Group.

Dengan pengumuman pihak Catcha Group ini hari ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak syarikat teknologi dan internet tempatan dan juga disekitar ASEAN yang mendapat faedah melaluinya.

Komen