Cari @ Amanz

Desas-desus berkenaan dengan Motorola X telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini laporan terbaru mengatakan ia akan hadir sekitar bulan November kelak, dan didatangkan bersama-sama skrin sentuh bersaiz 4.8-inci.

Dari segi spesifikasi, ia diperkatakan peranti ini kelak akan dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 2GHz Qualcomm Snapdragon 800, selain dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh pada ia. Seperti beberapa peranti terbaru, ia dikatakan akan dilengkapi sokongan kalis air.

Seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura awal sahaja, dan mungkin versi akhirnya berbeza sedikit daripada apa yang diperkatakan. Motorola Mobitily yang kini dimiliki oleh Google telah diperkatakan akan hadir dengan suatu peranti eksklusif sejak beberapa bulan yang lepas, dan segalanya masih kekal samar-samar sehingga kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd