Cari @ Amanz

SummlyYahoo! dibawah pentadbiran baru kelihatan memfokuskan semula kepada pelbagai teknologi dan mula mendapatkan tenaga mahir dengan mengambil-alih dan membeli beberapa syarikat. Terkini, hari ini Yahoo! umumkan akan mengambil-alih pembangun aplikasi Summly pada harga dikatakan sekitar $30 juta.

Summly merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pembaca mengikut pelbagai jenis berita terus melalui peranti mudah-alih mereka.

Aplikasi Summly ini dikatakan akan dimatikan dan teknologinya akan diintegrasikan ke dalam beberapa aplikasi milik Yahoo! tidak lama lagi. Pasukan pembangunnya juga akan menyertai Yahoo! dengan pengambil-alihan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd