Samsung telah memperkenalkan salah satu ultrabook terbaru mereka pada tahun lepas, iaitu Series-9. Hari ini, gergasi dari Korea Selatan itu mengumumkan kemaskini untuknya, menyertakan bersama-sama skrin dengan paparan HD (1920×1080 pixel).
Paparan HD bukanlah sesuatu yang baru, dan telah mula dipakai oleh beberapa pengeluar pada komputer riba mereka, dan turut tidak ketinggalan adalah telefon pintar. Variasi pilihan Intel Core i5 dan juga Core i7 disediakan, dimana kedua-dua didatangkan dengan ruangan storan berasaskan SSD.
Selain daripada Series-9, pihak Samsung juga kelihatan turut sama memperkenalkan kemaskini untuk Series 7 Ultra dimana turut didatangkan dengan paparan HD penuh dan juga ruangan storan berasaskan SSD melaluinya.
Buat masa ini, harga jualan kedua-dua komputer riba yang diberikan nafas baru ini di pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.