Gambaran Awal Peranti Yang Dikatakan Sebagai Motorola X Diperlihatkan

Gambaran Awal Peranti Yang Dikatakan Sebagai Motorola X Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mac 26, 2013 oleh .

Selepas beberapa informasi berkaitan spesifikasi peranti yang dikatakan sebagai Motorola X kelihatan di arena web sebelum ini, kini GSMArena hadir dengan sebuah gambar, mengatakan ia sebagai render untuk peranti Motorola X.

motorola-x

Seperti dikatakan sebelum ini, peranti ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800, membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Peranti ini turut dikatakan akan dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean, dan menyertakan beberapa perubahan dari segi widget seperti beberapa peranti Motorola sebelum ini.

Motorola X ini juga dikatakan akan dilengkapi sokongan kalis air. Walaubagaimanapun, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui, dengan laporan mengatakan ia mungkin hadir seawal bulan Mei ini kedengaran, disamping baru-baru ini dikatakan ia hanya akan hadir sekitar bulan November.


TIPS & ULASAN