Cari @ Amanz

Sokongan membalas komen telah terdapat pada beberapa laman Facebook Pages sejak beberapa bulan yang lepas, dan hari ini, pihak Facebook secara rasminya mengumumkan pengenalan sokongan tersebut untuk Facebook Pages dan juga beberapa profil Facebook yang popular.

Melalui sokongan tersebut, Facebook mengatakan ia akan terus menambah-baik komunikasi antara satu sama lain, disamping membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih baik antara organisasi dan peminat sesuatu jenama.

Untuk mengaktifkannya, pemilik Facebook Pages boleh ke panel pentadbir di Manage Permissions, dan mengaktifkannya melalui ruangan Replies. Walaupun pemilik Facebook Pages boleh mengawalnya buat sementara waktu ini, namun selepas 10 Julai 2013 kelak, fungsi ini akan diaktifkan secara automatik untuk semua Facebook Pages, dan juga profil Facebook dengan lebih 10,000 followers.

Jadi, apa kata anda mengenai sokongan membalas komen di Facebook ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd