Cari @ Amanz

Pada hari ini, salah satu masalah yang sering dihadapi ramai pada peranti mudah-alih mereka adalah berkaitan bateri. Dan kini kelihatan, selain daripada hadir dengan bateri berkapasiti tinggi oleh beberapa pengeluar, Nokia kelihatan sedang membangunkan teknologi telefon dengan masa bertahan bateri sehingga infiniti.

Daripada apa yang dikongsikan melalui Guardian beberapa tahun sebelum ini, ia dilaporkan dimana menggunakan gelombang antena dengan kebolehan menangkap frekuensi antara 500 megahertz ke 10 gigahertz daripada pelbagai menara pemancar, ia boleh digunakan untuk menjana tenaga untuk elektronik didalam sesuatu telefon.

Buat masa ini, ia dikatakan berkupayaan untuk menjana sehingga 5 miliwatts. Namun, sasaran awal dikatakan adalah untuk mendapatkan penjanaan sehingga 20 miliwatts yang membolehkan ia menguasai peranti supaya ia kekal beroperasi pada mod standby tanpa kehilangan kuasa.

Walaubagaimanapun, tenaga yang disasarkan itu hanya berkeupayaan untuk mengekalkan peranti pada mod standby, dan sekiranya pengguna menggunakan peranti tersebut.

Namun, sekiranya mereka berjaya meningkatkan tenaga yang dikumpulkan sehingga 50 miliwatts, maka ia mungkin berkeupayaan untuk mengecas peranti secara perlahan-lahan, sekaligus mengatasi masalah kehilangan tenaga bateri pada peranti mudah-alih.

Seperti semua sedia maklum, ia telah dalam kajian pihak Nokia sejak beberapa tahun lepas, dan hari ini, WM Power User melaporkan yang mana peranti dengan teknologi seumpamanya mungkin hadir dalam masa antara tiga ke lima tahun lagi. Jadi, mungkinkah kelak dalam beberapa tahun lagi kita akan dapat melihat peranti yang tidak lagi mempunyai masalah masa penggunaan bateri dan sebagainya?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd