Windows Blue Turut Akan Menyertakan Aplikasi Pengurusan Fail Dan Folder Berbentuk Metro

Windows Blue Turut Akan Menyertakan Aplikasi Pengurusan Fail Dan Folder Berbentuk Metro

Diterbitkan pada Mac 26, 2013 oleh .

Selain beberapa perubahan yang kita lihat melalui Windows Blue yang tertiris sebelum ini, kini turut diketahui yang mana Windows Blue kelak turut sama akan menyertakan aplikasi pengurusan fail dan folder dengan rekabentuk Windows 8 (Metro).

Metro Explorer

Metro Explorer

Menggunakannya, pengguna boleh menguruskan fail pada komputer mereka dengan lebih mudah, dan dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna tablet dan skrin sentuh, berbeza dengan sekarang yang perlu melalui bahagian desktop.

Daripada apa yang kelihatan, ia membolehkan pengguna membuat beberapa tugasan asas, termasuk membuat folder baru, dan juga memadam sesuatu fail pada komputer.

Windows Blue dikatakan sebagai kemaskini untuk Windows 8, dimana bakal dilancarkan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN