Carian
TM UniFi Kini Berusia 3 Tahun – Mempunyai Lebih 520,000 Pelanggan Berdaftar
March 26, 2013 Aman

UniFi 3 TahunBulan ini, Telekom Malaysia secara rasminya telah pun menyambut ulang-tahun mereka yang ketiga sejak UniFi dilancarkan, sekaligus mempromosikan perluasan perkhidmatan HyppTV daripada TM untuk pengguna akaun UniFi Business.

Daripada apa yang dikongsikan, Telekom Malaysia mengatakan hari ini mereka mempunyai lebih daripada 520,000 pelanggan UniFi di seluruh negara, dengan lebih 78,100 pelanggan SME.

Perkhidmatan HyppTV untuk pengguna akaun perusahaan telah diperkenalkan sejak daripada bulan November lepas, membolehkan mereka menikmati kandungan IPTV pada premis mereka dengan tawaran pelbagai saluran menarik.

Perkhidmatan UniFi kini ditawarkan pada lebih 100 kawasan dan meliputi lebih 1.377 juta premis. Dalam bulan-bulan akan datang, perkhidmatan tersebut dijangka akan terus diperluaskan, sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi daripada TM.

Komen