Maklumat Awal Berkenaan Kemaskini Untuk Windows Phone 8 Mula Kelihatan

Maklumat Awal Berkenaan Kemaskini Untuk Windows Phone 8 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Mac 26, 2013 oleh .

Selain daripada Windows Blue yang tertiris pada awal minggu ini, kini beberapa maklumat awal berkenaan kemaskini untuk Windows Phone 8 mula kelihatan, turut memperlihatkan beberapa fungsi yang akan disertakan bersama-sama dengannya.

Daripada apa yang dilaporkan oleh The Verge hari ini, ia dikatakan kemaskini Windows Phone 8 kelak akan menyertakan sokongan radio-FM, dimana ia akan diperkenalkan pada peranti Lumia 920, Lumia 820 dan juga beberapa peranti lain yang menyokongnya.

Disamping itu, sokongan untuk mengaktifkan skrin dengan hanya tap dua kali pada skrin, lebih kurang sama seperti Jolla dan MeeGo juga akan diperkenalkan pada kemaskini Windows Phone 8 (GDR2) ini kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah tarikh rasmi pengenalan kemaskini ini, dan sekadar dikatakan akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN