CCleaner 4.0 Membawakan Penambahan Fungsi “Duplicate File Finder”

CCleaner 4.0 Membawakan Penambahan Fungsi “Duplicate File Finder”

Diterbitkan pada Mac 27, 2013 oleh .

Aplikasi CCleaner boleh dikatakan salah satu aplikasi dan perisian yang digunakan dengan meluas oleh pengguna Windows. Hari ini, pembangunnya Piriform telah pun melancarkan versi terbaru, iaitu CCleaner 4.0 dimana membawakan pelbagai kemaskini melaluinya.

CCleaner 4.0

CCleaner 4.0 membawakan grafik dan prestasi yang lebih baik, dimana dioptimasikan untuk pelbagai perkara. Penggunaan fungsi Registry Cleaning dan Drive Wiper kini lebih pantas berbanding sebelumnya. CCleaner 4.0 juga memperluaskan sokongan perisian mereka, dimana terkini turut menambah sokongan untuk perisian Samsung Kies, Adobe Photoshop CS6, Avast! 8.0, dan beberapa yang lain.

Namun, salah satu perkara yang menarik pada CCleaner 4.0 ini adalah sokongan baru yang membolehkan pengguna mengenal pasti fail-fail sama yang berulang pada sistem mereka. Fungsi yang dinamakan sebagai Duplicate File Finder ini membolehkan pengguna menggunakan beberapa kriteria dalam mencari sesuatu fail yang berulang di komputer mereka, dan seterusnya menetapkan sama ada ingin memadam ataupun sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun perisian CCleaner 4.0 ini untuk Windows, dan mula menggunakannya pada komputer anda secara percuma.

Muat-Turun CCleaner 4.0 untuk Windows


TIPS & ULASAN