Cari @ Amanz

Hari ini, pihak pembangun pelayar web Chrome telah pun secara rasminya melancarkan Google Chrome 26, dimana bersama-sama dengannya, ia membawakan beberapa perkara baru untuk para pengguna Windows, Mac, Linux dan juga Chrome Frame.

Salah satu sokongan baru yang diperkenalkan pada saluran stabil Chrome hari ini adalah sokongan multi-user pada desktop. Sokongan yang hanya diperkenalkan pada Windows ini membolehkan pengguna menguruskan penggunaan pelayar web mereka pada desktop yang dikongsi, dimana boleh menetapkan beberapa pelayar web dengan pelbagai tetapan berbeza-beza.

Selain itu, beberapa perkara baru turut disertakan, termasuk salah satunya adalah dimana sokongan cadangan perkataan yang ditambah baik melalui fungsi “Ask Google For Suggestions”.

Bagi pengguna Chrome sedia ada, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, manakala untuk pengguna baru, anda boleh memuat-turun dan menggunakannya secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd