Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lepas, HTC telah melancarkan telefon pintar dengan paparan HD mereka, HTC Butterfly, dan telah mula dijual di pasaran Malaysia sejak awal tahun ini. Kini, ia dilaporkan HTC sedang merancang untuk mengeluarkan kemaskini untuknya kelak pada tahun ini.

HTC Butterfly

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah yang bakal dibawakan oleh Butterfly 2 kelak, dan kelihatan HTC bakal mengekalkan nama sama untuk kemaskininya kelak.

Ia dikatakan HTC Butterfly menerima permintaan yang tinggi di pasaran Asia, terutamanya di Jepun dan beberapa negara yang lain.

Walau apa pun, semestinya buat masa sekarang ini, ramai yang menantikan jualan HTC One yang mana dijangka akan bermula di Malaysia sekitar penghujung April atau awal Mei kelak, pada harga RM2299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd