Electronic Arts Memperlihatkan Battlefield 4 Secara Rasminya

Electronic Arts Memperlihatkan Battlefield 4 Secara Rasminya

Diterbitkan pada Mac 27, 2013 oleh .

EA hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan permainan terbaru mereka, Battlefield 4 kepada umum, sekaligus memperlihatkan video bentuk permainan tersebut yang bakal dilancarkan pada beberapa platform kelak.

Seperti biasa, Battlefield 4 meneruskan bentuk permainan tembak-menembak, disamping memnbawakan sokongan permainan multiplayer seperti versi sebelumnya. Pihak EA juga turut berkongsi mengatakan untuk permainan perseorangan, ia akan menyertakan beberapa perkara baru, dimana ia “memantau” progress pemain, dan menambah beberapa elemen kepada sesuatu misi permainan.

Battlefield 4 akan hadir untuk Windows PC, PS3, PS4 dan juga Xbox 360 pada tahun ini, dan pra-tempahan untuknya telah pun boleh dilakukan melalui laman Origin.


TIPS & ULASAN