Aplikasi Maybank Untuk BlackBerry 10 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 27, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MaybankBersama-sama pelancaran BlackBerry 10 di Malaysia tempoh hari, salah satu aplikasi baru yang turut hadir adalah aplikasi perbankan CIMBClicks. Perkara ini menjadikan ramai pengguna yang tertanya-tanya berkenaan bilakah aplikasi BlackBerry 10 daripada Maybank akan dilancarkan.

Hari ini, menjawab persoalan salah seorang pengguna, pihak Maybank kelihatan mengatakan mereka akan melancarkan aplikasi rasmi Maybank untuk BlackBerry 10 tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada aplikasi daripada Maybank ini akan menjadi sekadar hanya aplikasi yang diubah daripada versi Android sahaja, ataupun akan membawakan aplikasi natif untuk BlackBerry 10.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami