Cari @ Amanz

Dengan pelbagai info dan gambar yang tertiris ke arena web sepanjang minggu ini, semestinya ramai yang menantikan bilakah maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui. Kini, dilaporkan Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenainya pada bulan Jun, dan versi percubaan untuk umum dijangka akan diperkenalkan pada masa yang sama.

Windows Blue - Tertiris

Buat masa ini, daripada apa yang diketahui, Windows Blue dilaporkan akan membawakan kebolehan untuk mengubah saiz Tiles kepada lebih kecil, pelayar web Internet Explorer 11, beberapa aplikasi baru, dan pelbagai pilihan untuk mengubah paparan mengikut citarasa pengguna.

Ia turut diperkatakan, hanya sekali sahaja versi percubaannya akan dikeluarkan, sebelum Microsoft melancarkan sistem operasi generasi baru mereka itu pada penghujung 2013 ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd