Google Translate Untuk Android Kini Didatangkan Dengan Sokongan Offline

Google Translate Untuk Android Kini Didatangkan Dengan Sokongan Offline

Diterbitkan pada Mac 28, 2013 oleh .

Salah satu aplikasi yang agak berguna pada peranti Android adalah Google Translate, dan hari ini, Google secara rasminya mengemaskini aplikasi tersebut, dan menambah salah satu fungsi baru yang dinantikan ramai, iaitu kebolehan untuk menggunakannya tanpa akses internet.

Google Translate Offline

Melaluinya, pengguna terlebih dahulu diperlukan untuk memasang pakej bahasa yang diaktifkan untuk digunakan tanpa akses internet, dan kemudian ia akan memuat-turun dan memasangnya pada peranti anda.

Sebaik sahaja selesai memasang ia pada peranti, anda boleh menggunakan sokongan Google Translate Offline ini dengan mudah, dan mula membuat pelbagai terjemahan tanpa memerlukan sokongan internet seperti sebelum-sebelum ini.

Muat-Turun Google Translate untuk Android


TIPS & ULASAN