Permainan Temple Run Dilancarkan Untuk Pengguna Windows Phone

Permainan Temple Run Dilancarkan Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada Mac 28, 2013 oleh .

temple-runSalah satu permainan yang boleh dikatakan popular pada peranti mudah-alih adalah Temple Run. Hari ini, Imangi Studios mengumumkan secara rasmi pelancaran permainan tersebut pada platform Windows Phone 8, sekaligus membolehkan para pengguna Windows Phone 8 memuat-turun dan memainkannya.

Untuk mereka yang tidak kenali permainan ini, Temple Run membawakan permainan berbentuk melarikan diri dan pada masa yang sama mengelak daripada pelbagai halangan.

Bagi para pengguna Windows Phone 8 yang berminat, anda boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini daripada Marketplace, dan mula memainkannya pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun Temple Run untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN