Freelancer.com Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Freelancer.com Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 28, 2013 oleh .

Seperti dilaporkan oleh kami pada minggu lepas, hari ini, Freelancer.com secara rasminya telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, sekaligus membolehkan pengguna tempatan menjana pendapatan tambahan melalui beberapa tugasan sampingan yang boleh didapati melalui laman tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Freelancer, Malaysia merupakan negara ke-15 dengan pengguna paling ramai di laman tersebut. Seramai 45,808 pengguna telah berdaftar dengan laman tersebut sehingga hari ini, dimana daripadanya 6,724 merupakan majikan yang mencari pekerja untuk sesuatu projek melalui laman tersebut.

Bersama-sama dengan pelancaran ini juga, laman Freelancer.com kini turut ditawarkan dalam pilihan bahasa Malaysia untuk pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN