Rockstar Games Berkongsi 10 Paparan Skrin Baru Untuk GTA 5

Rockstar Games Berkongsi 10 Paparan Skrin Baru Untuk GTA 5

Diterbitkan pada Mac 28, 2013 oleh .

Permainan Grand Theft Auto 5 adalah salah satu permainan yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Ia bakal dilancarkan pada bulan September kelak, dan sementara menantikannya, kini pihak Rockstart turut berkongsi beberapa paparan skrin terbaru untuk permainan berkenaan.

Daripada gambar-gambar baru yang dikongsikan, ia kelihatan Grand Theft Auto 5 kelak, selain memfokuskan kepada permainan pada pelbagai kawasan terbuka, pengguna juga turut sama boleh memainkannya menggunakan kenderaan udara, ataupun menyelam ke dasar laut.

Info penuh GTA 5 ini masih tidak diketahui sepenuhnya, dan semestinya ramai yang tidak sabar untuk memainkannya sendiri.

Grand Theft Auto 5 kelak akan dilancarkan pada 17 September untuk para pengguna PlayStation 3 dan juga Xbox 360.


TIPS & ULASAN