Maybank Memperkenalkan Aplikasi Maybank2E Untuk Windows Phone 8

Maybank Memperkenalkan Aplikasi Maybank2E Untuk Windows Phone 8

Diterbitkan pada Mac 28, 2013 oleh .

Selepas memperkenalkan aplikasi Maybank2E pada iOS dan Android, terkini, Maybank turut sama menambah aplikasi mereka itu untuk pengguna Windows Phone 8, sekaligus membolehkan pengguna Windows Phone 8 turut menikmati perkhidmatan yang ditawarkan mereka itu.

Maybank2E Windows Phone 8

Berbeza dengan aplikasi Maybank2U, untuk aplikasi Maybank2E, ia memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan juga korporat, membolehkan mereka menguruskan perbankan mereka dengan mudah menggunakan peranti mudah-alih.

Dengan penambahan sokongan Windows Phone 8 ini, Maybank turut mensasarkan yang mana mereka akan mempunyai lebih daripada 10,000 pengguna korporat dengan nilai transaksi melangkaui RM1.88 trillion menjelang tahun 2015 kelak.

Selain daripada untuk platform Windows Phone 8, Maybank juga mengatakan mereka akan turut menawarkannya untuk BlackBerry 10 tidak lama lagi.

Muat-Turun Maybank2E untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN