Celcom bakal memulakan jualan BlackBerry Z10 bersama-sama dengan pakej dan pelan daripada mereka bermula 9 April kelak, dan sebagai persediaan untuknya, kini mereka telah pun memulakan pendaftaran minat untuk peranti berkenaan.
BlackBerry Z10 adalah peranti pertama yang menggunakan BlackBerry 10, dan telah mula dijual di Malaysia dengan pakej eksklusif daripada Maxis. Peranti yang menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan kamera belakang 8-megapixel ini membawakan harga saranan RM2188 untuk pasaran Malaysia.
Buat masa ini, pihak Celcom masih belum mengeluarkan sebarang pakej jualan mereka. Apa pun, bagi mereka yang berminat mendapatkannya melalui pakej Celcom, boleh mendaftarkan minat untuknya hari ini melalui halaman rasmi BlackBerry Z10 – Celcom.
Selain daripada Celcom, DiGi juga dijangka akan memulakan jualan para tarikh yang sama.