Cari @ Amanz

Google sedia terkenal dengan sumbangan mereka untuk dunia sumber terbuka, dan hari ini mereka melangkah setapak ke hadapan dengan mengumumkan berkenaan penggunaan beberapa paten milik mereka oleh pembangun dalam membangunkan aplikasi atau menawarkan perkhidmatan mereka menggunakan teknologi yang sama.

Melalui apa yang dipanggil sebagai Open Patent Non-Assetion (OPN) Pledge ini, Google menyediakan sebanyak 10 paten sebagai permulaan yang mana berkait dengan MapReduce, dan mengatakan mereka akan menambahnya dari hari ke hari kelak.

Pada masa yang sama, Google juga mengatakan mereka tidak akan menyaman sebarang pengguna, pengedar ataupun pembangun perisian sumber terbuka untuk paten-paten tersebut, melainkan mereka disaman terlebih dahulu oleh pihak lain.

Dengan pengenalan OPN ini juga, Google berharap agar pelbagai pihak lain turut sama menyertainya, dan menyokong inisiatif ini, sekaligus membolehkan lebih banyak inovasi hadir dalam arena teknologi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd