Cari @ Amanz

Facebook - 4 AprilFacebook kini telah mula menghantar jemputan media khas untuk media-media antarabangsa, untuk sebuah acara khas pada 4 April (5 April waktu Malaysia), dimana kelihatan memfokuskan kepada Android. Walaupun tiada sebarang maklumat yang dikongsikan oleh pihak Facebook, mengikut laporan awal, ia dikatakan Facebook mungkin akan memperkenalkan telefon HTC dengan sistem operasi Android yang diubah-suai.

Ura-ura dan desas-desus berkaitan telefon Facebook telah kedengaran sejak beberapa tahun lepas, dan sehingga kini masih tiada sebarang peranti khas diperkenalkan, selain hanya HTC ChaCha daripada pihak HTC yang membawakan butang akses pantas ke Facebook.

Facebook kini telah menjadi salah satu laman yang diakses hampir setiap hari, dengan pengguna yang mengakses ia menggunakan peranti mudah-alih meningkat dari hari ke hari. Facebook sendiri menyediakan beberapa aplikasi seperti untuk penghantaran mesej, menguruskan Facebook Pages dan sebagainya, selain daripada aplikasi Facebook utama untuk Android.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Facebook pada minggu hadapan, dan sama-sama kita lihat apakah yang bakal diumumkan oleh mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd