Google Malaysia Melancarkan Halaman Setempat Untuk Pilihanraya Umum 2013

Google Malaysia Melancarkan Halaman Setempat Untuk Pilihanraya Umum 2013

Diterbitkan pada Mac 29, 2013 oleh .

Pada tahun ini, salah satu perkara yang dinantikan ramai rakyat tempatan adalah pilihanraya umum yang ke-13, dimana tarikh untuknya masih tidak diketahui lagi. Dengan lebih ramai yang mencari maklumat dan berita semasa berkaitan dengannya, kini Google Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan halaman setempat untuknya.

Google Malaysia - PRU

Melalui halaman khas yang disediakan oleh Google Malaysia ini, ia membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan mutakhir daripada pelbagai agensi berita tempatan, selain turut menyediakan halaman untuk pengguna melihat trend semasa di Google dan YouTube, disamping mengikuti apakah acara-acara yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pelbagai perkhidmatan Google yang lain turut diintegrasikan, dimana pengguna juga boleh mengambil peluang menyertai beberapa perkara, termasuk Google+ Hangouts yang dijangka akan membincangkan beberapa perkara berkaitan pilihan raya umum.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh melayari laman Google Elections hari ini, dan ikuti segala berita mutakhir dengan mudah melaluinya.

Layari : Google Malaysia Elections


TIPS & ULASAN