Sejak beberapa bulan yang lepas, Google telah menguji sokongan untuk menghantar emel dengan lebih mudah, melalui sebuah tetingkap untuk menulis emel yang diperlihatkan dalam bentuk popup. Kini, mereka mengumumkan yang mana ia akan diaktifkan kepada semua secara berperingkat.
Google sendiri menambah-baik sokongan baru itu dengan menambah satu demi satu fungsi baru, termasuk salah satunya adalah kemudahan untuk menghantar fail bersaiz besar melalui integrasi Google Drive.
Bagi yang tidak mendapat lagi fungsi ini, ia berfungsi seumpama tetingkap chat Google Talk pada GMail, dimana ia diperlihatkan pada bahagian bawah, membolehkan pengguna menulis emel, dan pada masa yang sama melihat arkib emel mereka, dan membuat carian emel lain pada masa yang sama.