Cari @ Amanz

Biasanya, untuk membaca sesuatu artikel secara lanjutan, pelbagai pautan perlu dibuka, sekaligus membuatkan anda lari fokus daripada artikel utamanya. Ia juga sekaligus membuatkan anda perlu membuka pelbagai pautan yang mana akhirnya sukar untuk diuruskan pada pelayar web anda.

Untuk memudahkan pembacaan dan pengurusan tab pada pelayar web Chrome, salah satu extension yang berguna adalah Intab. Melalui Intab, ia menambah sebuah pilihan baru, membolehkan pengguna membuka sesuatu pautan terus pada tab yang sama.

Chrome - Intab

Melaluinya, ia sekaligus memudahkan pembacaan anda, dan membolehkan anda memfokuskan kepada topik yang sama dengan mudah. Pada masa yang sama, apabila ia membuka sesuatu pautan dalam bentuk Intab, sebuah pilihan khas disediakan, membolehkan pengguna untuk membukanya melalui tab berasingan, sekiranya diperlukan.

Bagi pengguna Google Chrome, anda boleh mencubanya sendiri hari ini, dengan memasang Intab pada pelayar web Chrome anda secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd