(Ura-Ura) Apple Dijangka Melancarkan “iPhone 5S” Pada Bulan Jun

(Ura-Ura) Apple Dijangka Melancarkan “iPhone 5S” Pada Bulan Jun

Diterbitkan pada Mac 30, 2013 oleh .

Hanya 9 bulan selepas pengenalan iPhone 5Ura-ura dan desas-desus mengenai iPhone generasi baru, ataupun turut dikenali sebagai iPhone 5S bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut apa yang kedengaran hari ini, ia dikatakan peranti berkenaan bakal diperkenalkan seawal 20 Jun kelak.

Daripada apa yang dilaporkan MacFan, ia dikatakan iPhone 5S ini kelak akan mula dijual pada bulan Julai kelak. Ramai penganalisa turut mengatakan peranti tersebut berkemungkinan akan hadir seawal bulan Jun sebelum ini.

Buat masa ini, apakah yang bakal disertakan pada iPhone generasi baru masih tidak diketahui. Ramai pengguna iPhone yang menantikan kemaskini dari segi antaramuka untuk iOS 7.0, disamping mungkin kita akan melihat kemaskini spesifikasi pada peranti berkenaan.

Adakah ia akan dilancarkan ataupun sebaliknya pada tarikh berkenaan, masih menjadi tanda tanya, dan tidak diketahui lagi buat masa ini.

Apa pun, semestinya sekiranya Apple mengekalkan tarikh pelancaran sekitar bulan September seperti sebelum ini, ia akan memberikan peluang kepada pesaing terdekat mereka – Samsung, untuk terus menguasai pasaran melalui peranti terbaru mereka, Samsung Galaxy S4.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Apple turut sama memperkenalkan kemaskini untuk iPad dalam tempoh masa kurang setahun, sekaligus menjadikan ramai membuat ramalan dan spekulasi dimana iPhone baru turut sama akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN