Cari @ Amanz

Dengan jemputan media yang mula dihantar oleh Facebook sejak semalam, pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan apakah yang bakal diperkenalkan mula diperkatakan. Dan kini, NYT melaporkan yang mana Facebook akan hadir dengan peranti Android dengan antaramuka khas pada minggu hadapan.

Seperti semua sedia maklum, pelbagai pengeluar telah pun menyertakan antaramuka khas pada peranti mereka, termasuk yang popular, Samsung dengan TouchWiz, HTC dengan Sense, dan juga Sony dengan TimeScape. Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bagaimanakah antaramuka khas daripada Facebook untuk peranti mereka kelak.

Disamping itu, ia turut dilaporkan, aplikasi kamera dan juga permesejan akan digantikan dengan aplikasi daripada Facebook sendiri.

Baru-baru ini juga, pihak Facebook telah memulakan ujian panggilan suara – VoIP di beberapa negara, dan mungkin juga kita akan mendengar beberapa perkara berkaitan dengannya.

Namun, semestinya sekiranya benar-benar Facebook memperkenalkan telefon pintar mereka, salah satu perkara yang akan menjadi tanda tanya ramai pihak adalah berkaitan dengan kawalan privasi pada peranti berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd