Apple sedia dikatakan akan hadir dengan beberapa peranti dan peralatan elektronik baru seperti jam tangan pintar, televisyen dan sebagainya. Kini, ia turut dikatakan Apple bakal hadir dengan sebuah alat kawalan yang dikhaskan untuk permainan, dan dioptimasikan untuk peranti keluaran mereka, terutamanya iPhone, iPad dan juga komputer mereka.
Daripada apa yang dilaporkan oleh PocketGamer, ia dikatakan Apple telah pun berbincang dengan beberapa pembangun permainan di Game Developers Conference berkenaan dengan alat kawalan permainan mereka.
Apple sendiri telah sedia mempunyai beberapa paten berkaitan dengannya, sekaligus membuatkan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Apple memperkenalkannya.
Jadi, apa kata anda berkaitan dengan alat kawalan permainan daripada Apple ini?