Cari @ Amanz

Facebook sejak awal tahun ini menguji pelbagai perkara pada laman sosial mereka, disamping memperkenalkan beberapa fungsi dan rekabentuk baru. Terkini, kelihatan mereka sedang menguji kebolehan untuk menulis status dengan pantas, melalui sebuah butang akses pantas pada bahagian bar atas di Facebook.

Facebook Quick Post

Bagi yang biasa menggunakan laman sosial Twitter, mungkin telah biasa dengannya, dimana menggunakannya, pengguna boleh mengemaskini status mereka daripada sebarang halaman Facebook yang sedang dilayari mereka.

Sebelum ini, terdapat beberapa fungsi yang turut ditambah pada Facebook yang mana seumpama Twitter, termasuk salah satunya adalah butang Follow. Ura-ura baru-baru ini turut mengatakan Facebook bakal menyokong hashtag pada laman sosial mereka.

Buat masa ini, fungsi mengemaskini status daripada bar atas ini masih pada peringkat ujian, dan tidak pasti sama ada ia akan diperkenalkan untuk semua ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd