Carian
Lenovo Dilaporkan Berminat Mendapatkan Bahagian Peranti Mudah-Alih NEC
March 30, 2013 Aman

LenovoLenovo telah diura-ura berminat untuk mendapatkan dan mengambil-alih beberapa syarikat mudah-alih sebelum ini, dan kini, menurut Reuters, Lenovo berminat untuk mendapatkan bahagian perniagaan mudah-alih milik NEC.

NEC sendiri boleh dikatakan sering hadir dengan pelbagai peranti mudah-alih yang menarik, selain turut memperlihatkan beberapa konsep sebelum ini. Daripada apa yang dilaporkan, NEC sendiri dikatakan sedang mencari pembeli yang berminat untuk mengambil-alih bahagian mudah-alih mereka.

Dengan perang peranti mudah-alih yang semakin aktif diantara jenama-jenama besar, terutamanya Samsung, Apple dan lain-lain, semestinya Lenovo tidak ingin ketinggalan dalam menyertainya dengan lebih aktif.

Buat masa ini, NEC dilaporkan telah bertemu dengan pihak Lenovo untuk beberapa kali, tetapi hasil akhirnya masih tidak diketahui lagi. Mungkinkah Lenovo akan mengumumkan pengambil-alihan NEC?

Komen