Perkhidmatan Permesejan Google “Babel” Akan Hadir Pada Android Dan iOS

Perkhidmatan Permesejan Google “Babel” Akan Hadir Pada Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 30, 2013 oleh .

Google BabelKita telah mendengar beberapa info berkaitan perkhidmatan permesejan “”Babble” daripada pihak Google sebelum ini. Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan perkhidmatan itu lebih dikenali sebagai “Babel” secara dalaman, berbanding dengan “Babble” seperti dikatakan sebelum ini.

Pada masa yang sama, Google “Babel” ini dilaporkan akan memberikan pengalaman permesejan yang selari diantara beberapa platform, termasuk Android, iOS, Chrome, Google+ dan juga GMail. Seperti dilaporkan sebelum ini, perkhidmatan “Babel” ini dijangka akan mengabungkan pelbagai perkhidmatan permesejan dari Google pada satu lokasi, sekaligus memudahkan pengguna menguruskan komunikasi mereka.

Seperti kebanyakkan perkhidmatan permesejan sedia ada, Google “Babel” ini juga dijangka akan membawakan sokongan permesejan berkumpulan, disamping membolehkan pengguna menghantar gambar dan sebagainya, disamping mengakses perbincangan dan mesej-mesej anda walaupun dari platform lain.

Google Babble

Buat masa ini, nama akhir perkhidmatan ini masih tidak diketahui akan kekal sebagai “Babel”, ataupun Google akan memperkenalkan ia dengan nama baru kelak.


TIPS & ULASAN